Tuesday, August 18, 2015

Pembelajaran Abad ke 21


Pembelajaran Abad 21: Pembelajaran berasaskan Projek

Sebelum meneruskan tulisan ini, elok rasanya kita semak semula apa yang disarankan oleh Bernie Trilling dan Charles Fidel (2009) berkaitan kemahiran abad ke 21. Menurut mereka berdua, murid pada abad 21 perlu menguasai kemahiran-kemahiran berikut:
·         Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
·         Kreativiti dan inovasi
·         Kolaborasi, kerja berpasukan dan kepemimpinan
·         Pemahaman antara budaya
·         Literasi komunikasi, maklumat dan media
·         Literasi pengkomputeran  dan TMK
·     Kerjaya dan belajar tanpa pergantungan (Career and learning self-reliance)Rujuk blog guru Pendidikan Islam untuk nota seterusnya

Ciri-ciri kaedah Projek

  • Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. 
  • Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. 
  • Interaksi guru dengan murid adalah berbentuk bimbingan dan perundingan pada setiap tahap  proses (guru sebagai fasilitator) 
  • Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
  • Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri. 
  • Kaedah pembelajaran ini berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.
    • Berorientasikan dunia sebenar.   
    •                               Sumber dari AT16a

    Wednesday, May 23, 2012

    PRAKTIKUM CEMERLANG UNTUK GP B.ED TESL UIAM-IPG KPM AMBILAN JUN 2006

    Kepada guru pelatih yang tersenarai namanya di bawah, anda dikehendaki menghantar buku rekod mengajar dan portfolio anda ke Unit Praktikum untuk dijadikan contoh dan panduan kepada junior anda. Diharap mendapat kerjasama daripada anda.

    1. Mazlin Atiqah bt M.Samsudin
    2.Nadiah bt Roslan
    3. Nor Safiah bt Tajuddin

    Sekian, terima kasih.

    Wednesday, July 1, 2009

    DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Apa dia pengajaran?

    Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

    Apakah ciri-ciri Pengajaran?

    • guru dan murid,
    • guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
    • hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
    • melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
    • melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
    • ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
    • boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
    • meliputi rancangan mengajar (KOPI),
    • proses yang melibatkan interaksi dua hala,
    • ada unsur sains dan seni.

    Apa dia pembelajaran?

    Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.

    Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

    Pembelajaran :

    • Satu proses yang berterusan,
    • Secara formal dan tak formal,
    • Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb.,
    • Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
    • Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
    • Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

    Thursday, May 14, 2009

    Bunga hydrangea


    Gambar percubaaan